anizz sakura

Suami Aku Ustaz | Sinopsis Novel & Filem

Saturday, May 16, 2015

Filem Suami Aku Ustaz

Novel ini mengisahkan Alisa yang berusia 17 tahun yang akan menduduki SPM dipaksa untuk berkahwin dengan abang sepupunya Hafiz. Hafiz adalah seorang ustaz yang mengajar di sekolah Alisa. Dengan kedegilan Alisa suka merayap dan melepak dengan kawan - kawan lelaki sekolah membuat ibubapa sering risau. Ibubapanya nekad untuk menikahkannya dengan Hafiz sebelum mereka pergi ke tanah suci.  Dalam terpaksa Alisa akur dengan kemahuan ibubapanya. Pernikahan mereka dirahsiakan atas permintaan Alisa. Dimata halus orang tua Alisa, mereka yakin hanya Hafiz boleh membentuk Alisa menjadi seorang perempuan dan isteri yang solehah. Selepas kahwin pun Alisa masih berperangai seperti dulu. Sedikit demi sedikit Hafiz menegurnya dan mengubah perangai Alisa . 

Ini membuatkan Alisa tidak senang dengan teguran Hafiz. Usaha Hafiz tak pernah mengenal erti putus asa untuk mengubah isterinya. Perkara yang tidak disukai Alisa hingga menjadi rindu dengan teguran dan apa yang dilakukan bersama Hafiz. Perkahwinan yang dirahsiakan terbongkar juga dan Alisa terpaksa berterus terang demi mengelakkan salah faham.  Status perkahwinan Alisa tetap dirahsiakan bila Alisa menyambung pelajaran di universiti. Demi cita-cita Hafiz mengizinkan Alisa menyambung pelajarannya. Hidup berjauhan bukan mudah untuk ditanamkan dalam diri Hafiz. Kehadiran Naim mengundang rasa cemburu Hafiz. Naim adalah abang pada Sarah rakan sebilik Alisa. Dugaan terus melanda rumah tangga Hafis dan Alisa . Kerana salah faham Hafiz difitnah hingga dia digantung kerja semasa Alisa keguguran . Niat untuk membantu seorang palajar perempuan disalah ertikan. Untuk menjaga hati Hafiz mendiamkan diri hingga keadaan kembali tenang. Hafiz dan Alisa bersetuju mengambil anak yang dikandung oleh pelajar perempuan itu menjadi anak angkat sebagai penyeri rumahtangga mereka .

sinopsis, nora danish, adi putra, izzue islam, movie online

bagi anis, novel dia memang best.. memang dah banyak kali ulang baca.. syokk la kan.. kalau filem kita tak tahu la macam mana..belum berkesempatan nak tengok lagi.. para pelakon memang best-best.. sesiapa dah tengok, share la..best ke tidak ye.. ^__^


You Might Also Like

7 Pengulasan

  1. mama suka lah hero ni.. suka gile tengok dia berlakon, menjadi saja

    ReplyDelete
  2. semalam akak p tengok pitch perfect ada la tengok poster citer ni..
    tapi mmg tak tengok movie melayu kat cinema.. tunggu masuk astro first =P

    ReplyDelete
  3. filem ni dah siap 2 tahun lepas kan...baru nk tayang di cinema

    ReplyDelete
  4. Suka tengok adi putra berlakon ngan nora danish...

    ReplyDelete
  5. novel SAU best sgt!! sesuai utk remaja2 baca. pling penting takde aksi terlarang. heee

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook