Assalamualaikum..
sedih baca cerita ni.. seorang ibu yang mengidap kanser berjuang untuk melahirkan puterinya dan merasai hari jadi anaknya yang pertama.. tabahnya dia.. tersentuh hati anis baca cerita ni.. seorang ibu yang sanggup berkorban apa sahaja walaupun melibatkan nyawanya.. sebab itu, syurga dibawah telapak kaki ibu.. martabat seorang ibu tinggi dan tidak dilupa ayah kita juga.. bila tengok gambar-gambar sambutan hari jadi anaknya, sayu pulak.. di sebalik senyuman dia, terselit pelbagai maksud.. impian seorang ibu yang ingin melihat anaknya dilahirkan tercapai walaupun boleh mengundang bahaya.. kita hanya merancang, Allah juga yang menentukannya..
Kisah Pengorbanan Seorang Ibu
Seorang ibu yang berperang dengan kanser payudara membuat satu kejutan hari jadi yang pertama dan mungkin yang terakhir untuk anaknya. Athena Krueger didiagnos dengan stage kedua kanser payudara semasa hamil pada tahun 2013. Suaminya terpaksa belajar mengenai kanser dan pada masa yang sama mengenai kehamilan memandangkan isterinya mengandungkan anak pertama mereka.
Beliau memulakan chemotherapy pada seawal minggu ke 15 kehamilan dan bayinya, Amari lahir melalui pembedahan caesarean pada minggu ke 32. Amari pulih dengan baik malangnya Athena tidak. Kanser tersebut telah merebak ke paru-paru, kelenjar limfa dan otak beliau. Namun dia terpaksa berjuang habis-habisan untuk berpeluang merasai hari jadi anaknya yang pertama.
Mengetahui ini mungkin satu-satunya hari jadi dia berkesempatan meraikan, Athena dan suaminya bersama-sama menjadikan ianya sesuatu yang istimewa. Mereka memutuskan untuk menggunakan tema Alice In Wonderland di rumahnya.
Parti itu dilakukan pada 2 Mei, tiga hari sebelum hari jadi Amari. Athena dapat melihat anak perempuannya secara rasmi berumur 1 tahun pada 5 Mei. Beliau meninggal keesokan harinya dalam dakapan suaminya.
sumber :
http://www.era.fm/Zon-Interaktif/Interaktif/Trending/Lihat-Trending.aspx?arc=13088&sec=79
12 Pengulasan
sedih :'(
ReplyDeletemmg sedih
ReplyDeletehuhuhu.. sedihnya..
ReplyDeletesedihnya.. apapun tertunai jugak hajatnya untuk melihat hari lahir anaknya yang pertama dan terakhir dalam hidupnya..
ReplyDeletesobsob,sedihnyaaa... ;'(
ReplyDeleteadui..kesiannya
ReplyDeletesedihnya...
ReplyDeleteAllah mmg izinkan dia rasai kebahagiaan tu..
ReplyDeleteT.T kasih seorang ibu..
Kasih ibu membawa kesyurga... Miss my mum...
ReplyDeletesedihnya.... terus ingat kat mak. :'(
ReplyDeletecan't imagine....
ReplyDeleteCerita sedih yg sweet :')
ReplyDelete