anizz sakura

REVIEW NOTA PURBA | Misteri Seni Penulisan Tidak Ditelan Zaman

Thursday, May 14, 2015

Assalamualaikum..


credit photo to FR


Anda mungkin sudah tahu apa itu EFG. EFG merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog melalui perkongsian feed link di blog yang terlibat. Setiap blog yang join secara langsung pautan feed blognya akan terpapar di blog lain mengikut jadual yang dipersetujui , ini dimaksudkan pertukaran yang membantu meningkatkan trafik blog secara sihat melalui ukhuwah blog/ blogwalking dan belajar teknik untuk meningkatkan prestasi blog ahli.

Bermula hari ini, setiap seorang ahli EFG akan direview. Dan insan pertama yang bertuah di review adalah blogger yang menetap di Selangor.

Di kenali dengan nama pena FR atau Fendi Rocka, pemilik blog yang misteri ini menggarapkan hasil tulisan yang berseni lantaran dari sifatnya yang menyerupai seorang anak seni yang mengacarakan rancangan Melodi di TV3 iaitu Awal Ashari.

Blog beliau "Nota Purba" pasti akan menjadi salah satu blog yang anda tidak lupa untuk singgah. Sebab apa? Yang tu anda kena pergi sendiri ke blog Fr. Satu entry sahaja sudah cukup untuk menjawab persoalan di atas.

Blog yang jauh dari gosip-gosip liar Nota Purba berkisar tentang apa yang terjadi kepada penulis itu sendiri di dalam kehidupan seharian

Jika di lihat dari mata kasarnya dan di baca dari nalurinya, pasti pembaca di luar dapat merasakan aura di sebalik pemilik blog Nota Purba yang penuh misteri.

Fr merupakan ahli EFG yang ke 24 daripada 41 orang ahli EFG. Walaupon EFG mempunyai ramai adik-beradik, Fr sangat disayangi dan disenangi oleh semua adik beradik EFG. Fr yang kuat mengusik itu mengeratkan hubungan kami semua bagaikan sebuah keluarga besar yang bahagia di alam maya.

Kata-kata kekuatan FR dalam hidup adalah "Move on!"

Fr seorang yang kelakar. Pasti semua terhibur bila ada fr. EFG dah menemuramah Fr secara maya dan jawapan bagi soalan di bawah ini dah boleh memberi clue siapakah Fr sebenarnya. Haha

What is chemistry in academic words (not less than 200 words) 

"Chemistry adalah bila mata kita saling berpandangan, timbul buih-buih cinta, dan common sense mula keluar dari kepala, kat situ kimia jahat memainkan peranan. ulang 50 kali untuk cukupkan 200words.", Fr.

Jangan tak tahu di sebalik misterinya, Fr ni teringin sekali nak menerbitkan buku cerita. kalau kita tengok dari segi penulisan di blog,kita boleh baca setiap apa yang ditulis tanpa jemu. tak kenal maka tak cinta kan. Nak tahu siapa dia? apa yang misteri sangat tulisan dia tu,, ape lagi jom la ramai-ramai kita terjah blog FR misteri ni.. jangan biarkan tanda tanya terus menjadi tanda tanya.


You Might Also Like

28 Pengulasan

  1. moga ukhwah berpanjangan...

    ReplyDelete
  2. oooo...nantilah terjah..hehe

    ReplyDelete
  3. ucapan Bonde untuk FR...

    "SELAMAT MAJU JAYA" jadikan setiap hari ceria bersama EFG... mulakan hari ini,... untuk maju di masa hadapan...
    InsyaAllah, Aamiin.

    EFG Awesome

    "Bonde Senyum Riang"

    ReplyDelete
  4. Entry FR buat pcl banyak fikir, jiwa muda barangkali..jauh beza dgn pcl ni .

    ReplyDelete
  5. hanya berkisah tentang dunianya sendiri. x jemu baca entry FR

    ReplyDelete
  6. cubaan sel2 puitis mula masuk ke dalam ruang kosong di pojok minda saya

    ReplyDelete
  7. wajib terjah

    memang misteri orangnya.. jom kita bongkar ^_^

    ReplyDelete
  8. kk eny paling suka penulisan FR.. tak payah letak gambar dan tak payah tulis gossip atau isu semasa.. penulisan dr hati dia yg sometimes kelakar dan sometims menyentuh jiwa....

    ReplyDelete
  9. Beza kita dengan dia... Nota kita jauh di bawa arus kemodenan...manakala dia.. masih mengekalkan ciri2 tradisi nota purba..

    ReplyDelete
  10. Penulisan di Nota Purba yang bersahaja, suspens, penuh lawak jenaka, dan diselitkan juga kisah2 yang memberi pengajaran sangat sesuai dibaca oleh semua golongan. Semoga Fr diberikan lebih banyak idea untuk mewarnai dunia penulisan menggunakan medium blog....

    ReplyDelete
  11. Jom kenal dengan Fr..di jamin x bosan...

    ReplyDelete
  12. Seorang FR yang misteri :D #EFG Awesome

    ReplyDelete
  13. semoga ukhwah ini terus berkekalan.

    ReplyDelete
  14. Terpengaruh sampai tajuk review pun ada unsur kepurbaan dan kemisterian disitu

    ReplyDelete
  15. Fuhh nota purba la sangat kan fr ni hahahaha..beat tul tajuk entri aniss hehe

    ReplyDelete
  16. jangan biarkan diri anda diselebungi misteri...hihi

    ReplyDelete
  17. FR, moga tercapai impian nk terbitkan buku sendiri.. :)

    ReplyDelete
  18. Blog nota purba memang misteri tapi terbaikk ! ;)

    ReplyDelete
  19. Segala persoalan akan terjawab di nota purba

    ReplyDelete
  20. nak tanda titil ,taknak tanda tanya kihkih

    ReplyDelete
  21. selamat maju jaya keluarga EFG :D Muah!

    ReplyDelete
  22. Ewan main copy paste je di setiap EFGier's blog.. semoga FR akan terus suskses dan semakin bersemangat menulis :)

    ReplyDelete
  23. okay akak share entry ini di google+ untuk sama2 mempromosikan blog FR =)
    belum pernah singgah blog dia..

    ReplyDelete
  24. lelaki misteri? haruslah kenal lepas baca review menarik nih

    ReplyDelete
  25. klau abg FR buat kluar buku. harus pembaca asyik gelak je time baca. hehe dakpun abg fr ni kelkar sgt

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook