anizz sakura

Wanita Beli Rumah Pertama Dan Membaikinya Sendiri

Sunday, May 17, 2015

Assalamualaikum..

anis berminat nak share cerita ini untuk kaum hawa.. tidak semestinya kita wanita, tidak perlu ambil tahu hal yang lelaki selalu buat.. kita juga boleh buat disamping tambah ilmu baru ni kan..ilmu kan luas.. so apa salahnya kita belajar buat sesuatu yang kita tidak pernah lakukan.. kalau korang baca, mesti kagum dengan wanita ni.. anis sendiri kagum tengok kesungguhan dia.. anis ambil dari The Vocket..

Tips Membeli Rumah Pertama


tips membeli hartanah, tips membeli rumah pertama

3 Mei 2015, 6.17pm – Facebook Cik Puan Hafizah Wanasan:
Hidup kena kuat.
Rumah pertama. Untuk pelaburan. Selepas sebelas bulan bekerja di Selangor, hasil simpanan gaji bulanan dan pelaburan, saya beli hartanah di Seksyen 7 Shah Alam. Memandangkan saya masih bujang, rumah ini bukan untuk saya diami, tetapi untuk disewakan. Duit bulanan sewa itu saya akan pusing lagi untuk pelaburan.
Setiap hari saya Google cari hartanah yang ingin dijual. Balik kerja dari hospital, saya cepat-cepat tarik kerusi mengadap komputer. Surat khabar saya beli hari-hari untuk lihat iklan bahagian hartanah. Panas mata panas kepala. Hujung minggu saya memandu 40km untuk lihat rumah. Untuk pelaburan, cari rumah yang pasaran bagus. Dekat universiti, dekat hospital besar, dekat pusat bandar. Ada rumah siling rendah, ada juga terkena agen yang asyik menjawab tidak pasti apabila diajukan soalan apa pun. Ada yang apabila nak pergi lihat rumah, agen tak bawa kunci! Banyak lagi untuk diceritakan. Perlu sabar dengan setiap masalah.
Akhirnya jumpa rumah. Saya tawar harga dengan pemilik asal. Pemilik asal bagi pilihan. Kurang RM10,000 jika saya ingin baiki sendiri. Saya pilih untuk baiki sendiri.
Ya… Memang boleh saya setuju RM10,000 lebih untuk pemilik asal selesaikan… buat apa mahu susah-susah..?? Tapi tidak, saya fikir lebih baik saya belajar sendiri. Saya tidak duduk dengan keluarga sejak saya tingkatan 1. Ketika menuntut di Australia, kereta Ford saya kemalangan, cat kereta rosak, saya pergi ke kedai aksesori kereta, minta mat saleh bancuh warna cat Burgandy, dan masuk dalam tin penyembur. 30 dollar. Saya beli 2 tin. Beli grid kertas pasir kasar dan halus. Imam Sabri Samson ajar saya baiki kereta kemalangan. Dua hari saya gosok Ford dengan kertas pasir. Sampai licin. Terima kasih imam ajar saya.
Berbalik kepada kisah rumah. Saya tanya tukang cat. Tukang cat tawarkan RM2,000. Selepas itu saya memutuskan nak cat sendiri. Malam-malam selepas bekerja saya Google kombinasi warna yang sesuai. Hujung minggu apabila tiada tugas atas panggilan (oncall), saya lari ke kedai perkakasan. Kaji selidik. Akhirnya memutuskan beli cat berkilat Jotun. Dan alatan mengecat. Adik datang tolong. Jumlah kos cat satu rumah RM1,000. Jimat Rm1,000. Ilmu pun dapat. Selepas cat, beli pengikis dan pencair untuk bersihkan sisa cat. Berpeluh menggigil sendi tangan nak gosok. Tak mengapa, saya suka belajar.
Ramai teman saya sudah ada rumah sendiri. Sebahagiannya anak orang berharta. Ibu bapa banyak menolong. Sertakan nama dengan mama, dengan papa, beli dua tiga rumah. Mama papa bagi deposit. Mama papa tolong belikan. Ada yang mama papa nak bagi rumah mereka pada anak. Jadi tak payah susah-susah. Ada yang selesa beli rumah cantik siap, tak payah susah-susah, mereka kata mahal berhutang pun tak apa… It’s ok. Itu pilihan mereka. Rezeki masing-masing.
Bagaimana pula dengan saya? Ibu bapa saya telah bercerai dan saya terima berita tersebut semasa hari graduasi saya. Ayah berkahwin dengan ibu tiri saya sebulan selepas itu dan ibu saya baru berkahwin pada Mac 2015. Mereka seperti hidup dalam dunia mereka dan saya dengan hidup saya. Sejak saya masih kecil, banyak perkara yang saya putuskan sendiri. Walaupun selepas banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya, kedua-dua ibu bapa saya sentiasa menjadi permata di hati saya.
“They kinda live in their world and i kinda live mine. Since i was a kid, lot of things i decide on my own. Even after so many things happened in my life, both my parents are always diamonds in my heart like forever.”
Inilah sebab mengapa saya belajar tentang masalah. Hidup kena kuat. Belum menyebut berapa lamaran pernah ditolak. Berapa yang patah hati. Saya bukan sengaja. Ada halangan yang hanya saya faham.
After all, again, saya suka kalau ramai antara kita yang belajar kemahiran hidup sendiri. Terutama perempuan. Belajar tukar mentol, tukar kalimantang, cat rumah, suka pergi kedai perkakasan, baiki kebocoran, baiki pam tandas rosak, tolong suami… Jika lelaki.. Apatahkan lagi. Haruslah.
Seorang lelaki Cina di tempat kerja saya pernah berkata kepada saya:
“Pija, I think you are the most wonderful independent women I’ve ever known!” ^___^ ~
(Eh panjang pulak karangan kali ni!)

** betul apa yang dikata..tidak salah kita belajar buat sesuatu yang kita rasa selama ni takkan buat.. salute kakak ni.. anis share sebab suka baca kisah dia dan jadi panduan untuk anis jugak.. 
sumber : THE VOCKET

You Might Also Like

23 Pengulasan

  1. untung siapa yg dapat menambat hati si pijah ni..dah le cantik, rajin, tekun berusaha, pandai buat pelaburan dan yang penting suka berdikari

    ReplyDelete
  2. tekun berusaha tangga kejayaan...jika baca pengalaman si pijah ni nk dapatkan rumah tu fuhh....hanya org kuat je boleh buat....kuat semangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..orang kuat semangat je boleh..tapi tak mustahil kita jugak boleh kan.. ambil semangat dia sikit :D

      Delete
    2. ahaa....Anis reply...barulah x rasa cakap sensorang kih kih kih

      Delete
    3. in sha Allah ..boleh...jika ada kemahuan di situ ada jalan

      Delete
    4. hihi..sorii kak JM.. kebelakangan ni smpat tulis entry je.. bz sikit.. nak uruskan "sesuatu" hihi..doakan anis dpt achieve "sesuatu" tu eh.. :D nanti anis balas bom sana ^__^

      Delete
    5. 'SESUATU'...in sha allah..amin

      Delete
  3. Anis dah ada rumah pertama ku?

    ReplyDelete
  4. kuat semangat betol dia ni..
    tabik spring!

    ReplyDelete
  5. respect dengan perempuan yg nak berdikari..

    ReplyDelete
  6. ambik tukul ketuk sendiri jimat . bagus die ni. kak nis nnti jdi mcm tu ek . hehe

    ReplyDelete
  7. suka baca kisah ni anis thanks for sharing

    ReplyDelete
  8. inspired women outside.. I dah belajar berdikari sikit2 walaupun tggal dekat ngan parents. Tggl dekat sebab I nak balik senang if mereka perlukan anak2 ada dgn mereka.. I dah start buat keputusan sendiri since form 1 jgk.. Tapi masih dengar nasihat parent.. they first..salute aarr kat prmpuan tu.. thanks share this anis..:)

    ReplyDelete
  9. Yeah betul tu, tak salah kita mencuba benda yang kita tak pernah buat. Thats why ena suka buat benda yang tak pernah lagi ena cuba try test sebelum ni tanpa bergntung hrap sangat dari orang lain

    ReplyDelete
  10. semangat betul baca cerita nie..good sharing anizz

    ReplyDelete
  11. respect dgn perempuan berdikari mcm ni, salute !

    ReplyDelete
  12. Memang bagus kalau kita nie perempuan ada rumah sendiri. Aset untuk masa depan kita. Kita xtau masa depan kita camne kan...beli umah lagi bagus dari beli kereta.

    ReplyDelete
  13. ya Allah... kuatnya dia.... aina sendiri tak tahu mampu ke tak nk jadi kuat mcm tu.

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook