anizz sakura

Hari Terakhir Untuk Tahun 2014

Wednesday, December 31, 2014

Assalamualaikum..

2014 sudah ke penghujungnya.. banyak peristiwa suka atau duka.. harapan kita supaya tahun 2015 yang bakal hadir ini akan memberi seribu dan sejuta makna dan tahun yang baik buat kita semua.. coret-coretan untuk tatapan sepanjang 2014.......

Allahu.. sekarang anis rase sebak sangat.. macam2 perkara yang berlaku sepanjang 2014.. kalau nak fikirkan, terlalu banyak.. dalam family anis, awal januari 2014.. tragedi kemalangan berlaku pada ahli keluarga anis.. sepupu anis, suami dan dua orang anak dia meninggal dunia dalam kemalangan.. kehilangan yang sangat dirasai.. saat menunggu kepulangan untuk dirai anak keduanya yang baru dilahirkan.. satu tamparan hebat buat kami sekeluarga.. Allah menyayangi hambanya.. sedekahkan al fatihah untuk arwah kak farah, suami dan anak2 beliau ini..

bulan mac 2014, kita dikhabarkan kehilangan pesawat MAS MH370.. dan sampai saat ni, anis masih terfikir dimanakah mereka semua.. anis ade follow waris2 mangsa di media social.. setiap kali tengok mereka, anis sedih aje.. tak tau kenapa.. memang anis takde pertalian keluarga tapi entahlah.. sedih dan pilu je.. apatah lagi orang yang mengalaminya.. didoakan semoga Allah memberikan jawapan pada setiap persoalan kita ini.. aminnn... bulan mac juga, anis konvokesyen.. Alhamdulillah sudah dapat diploma.. dan setelah banyak dugaannya, diharapkan tahun baru 2015 ini anis dapat achieve goal anis sendiri.. nak dapat kerja yang elok.. doakan anis oke.. :)

dan peritiwa dan kenangan yang akan kita ingat sampai bila-bila....... pesawat MAS MH17 terhempas disaat kita semua menunggu hari raya aidilfitri dan berpuasa.. masa tu bila tahu, terus airmata bak hujan lebat.. memang kabur semuanya.. bila ingat balik, mesti sebak dan berlinangan air mata.. saat menulis nie pon rase macam nak menangis dah..huhu... semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini..

dan tak lupa juga semoga pencarian mayat mangsa pesawat Air Asia QZ8501 dipermudahkan.. dan semoga ahli keluarga mangsa sabar dan tabah menghadapi dugaan ini.. aminn....

lagi satu, buat mangsa banjir, anis doakan semoga semuanya dilindungi oleh Allah.. anis harap semua tabah menghadapi ujian ini.. Allah sedang menguji iman kita sebenarnya.. anis turut bersimpati keadaan di sana.. kakak sepupu anis pun jadi mangsa banjir di Kuantan.. kerap tanya khabar berita dia disane.. sebab dia ade anak kecil... kuatkan semangat ye.. ingat Allah selalu..

setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. dan Allah menciptakan sesuatu tu tidak ada satu pun yang tidak berguna.. semuanya ada tersurat dan tersirat.. cuma kita nie kena banyak ambil iktibar dari semua yang terjadi di hadapan mata kita.. Allah nak kita fikir, apa yang kita dah buat pada diri kita sendiri dan juga orang lain.. jangan terlalu bongkak dan jangan terlalu taksub pada sesuatu perkara.. sederhana dalam setiap perkara.. peringatan ini untuk diri sendiri juga... dan anis minta maaf sekiranya anis pernah menyakitkan hati sesape atau mengecilkan hati sesape.. mulakan tahun baru ini dengan senyuman dan semangat yang baru.. renungkan kembali perbuatan kita sepanjang tahun 2014 ini... jangan lupa azam kita masa tahun baru kalendar islam dahulu bagi sesape yang pernah berazam.. anis doakan semua dalam rahmat Allah..aminnn... ^__^

You Might Also Like

8 Pengulasan

  1. sangat banyak dugaan yang berlaku pada tahun 2014 ni buat anizz dan kita semua sebagai rakyat malaysia..moga tahun 2015 bakal mencoretkan kenangan indah pula..insyaalllah, amin.

    ReplyDelete
  2. moga2 semua dugaan ini dpt menghapuskan dosa2 kita semua.....

    ReplyDelete
  3. banyak kan kenangann? macam lama je tak dtg sini. wuwuwu. sorry yangg.

    Jom mulakan fresh starts! ^^

    Happy new year Anis :)

    ReplyDelete
  4. kejadian yg berlaku pada bulan Jan mmg sedih sekali..semoga tahun ini ada berita baik2 sahaja

    ReplyDelete
  5. happy new year Anis..
    semoga dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook