anizz sakura

Sesuatu Itu

Friday, December 19, 2014

Assalamualaikum..

sumber ehsan incik google

salam jumaat penghulu segala hari semua.. pagi-pagi lagi dah mendung.. nampak macam nak hujan dekat kawasan anis nie.. semoga semuanya ceria-ceria sahaja.. hari ini anis ingin mengongsi sesuatu untuk pengunjung blog anis..

semalam, anis ade tengok Wanita Hari Ini dan jemputan dia seorang artis yang sekarang berada di penjara atas kesalahan penyalahgunaan dadah.. beliau dipenjara 8tahun dan 10 sebatan kalau tak silap anis..betulkan anis kalau salah ye.. siapa yang tak kenal dengan Ameng dari kumpulan Spring kan?? lagu-lagunya yang menusuk jiwa tu.. zaman-zaman 90an.. 

Beliau hadir untuk menyampaikan mesej dari penjara.. beliau ada cerita serba sedikit kehidupan di penjara dan menasihatkan remaja-remaja dan individu supaya tak terjebak langsung dengan dadah.. beliau kata, dadah tidak boleh dicuba-cuba.. sekali dicuba, memang terus terjerat.. beliau tak nak orang lain menyesal macam beliau menyesal.. Alhamdulillah beliau sudah berubah.. tengok beliau pun sihat dah.. yang menariknya, beliau adalah insan yang pertama menghasilkan album dari dalam penjara.. lagu-lagu beliau sungguh syahdu.. bait-bait lagu tu bila dengar, rase ke dalam hati taw.. beliau ade nyanyi semalam lagunya.. sungguh meruntun jiwa..

Anis tertarik dengan satu ayat yang beliau cakap semalam di WHI.. beliau pun ade dengar dari seorang ustaz di dalam penjara tersebut.. ayat dia ringkas tetapi mendalam maksudnya.. bila difikirkan, ye betul tu.. ayat tu ada anis kongsikan pada gambar di atas nie.. kadang-kadang kita rasa dah terbaik dah kita buat sesuatu tu tapi sebenarnya benda tu tak baik untuk kita dan sebaliknya.. Allah dah aturkan sebaik-baiknya untuk kita.. dan setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya.. Apa yang Ameng cakap semalam memang rase sebak tibe-tibe.. kadang-kadang kita selalu mengeluh dengan kerja yang kita buat, tapi kita tak tahu sebenarnya kerja yang kita buat adalah kerja terbaik kita.. Bersyukurlah terhadap apa yang kita ada, apa yang kita buat.. niat semua kerana Allah.. cerita nie boleh kita ambil iktibar dan menjadi teladan.. ingatlah Allah walau di mane juga kita berada.. peringatan untuk anis juga.. happy blogging !! ^__^


You Might Also Like

13 Pengulasan

  1. betul tu...tepuk dada tanya iman

    ReplyDelete
  2. Allah adalah sebaik-baik perancang.. apa yg terjadi adalah ketetapan dari Nya.

    ReplyDelete
  3. betul. bercakap "boleh jadi kamu membenci sesuatu pahal ia amat baik bagimu"

    dari sekolah saya benci kelas seni, akaun, dan lukisan bangunan.

    Percaya atau tidak bila dah ke universiti dan bekerja saya terpaksa suka 3 perkara ini.
    Seni - hari ini saya sedang dan masih belajar dan meminati seni photography dan menjadi salah satu income saya
    Akaun - saya lari dari kelas akaun di tingkatan 4 akhirnya masuk universiti saya terpaksa hadapi dan boleh bantu rakan lain dalam subjek ini
    Lukisan bangunan - masa di sekolah teknik saya abaikan bab ini sebab benci sangat tapi akhirnya hari ini saya bekerja fulltime menyediakan lukisan bangunan ini.

    benar kata Allah di dalam ayat tersebut

    ReplyDelete
  4. kita hanya mampu merancang, segalanya Allah yg tentukan..
    jemput singgah entry shad, Jom Aktifkan Mykad

    ReplyDelete
  5. percaya pada Allah krn DIA perancang segalanya ...

    ReplyDelete
  6. Ade hikmah di sebalik semua yang terjadi pada kite. jangan risau, Allah selalu ada dengan kite

    ReplyDelete
  7. betul. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnyaa :)

    ReplyDelete
  8. segala yang terjadi sudah ditetapkan..always be positive..^^

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum kak anis :)
    miza pun selalu dengar ayat ni, memang mendalam maksud dia kan.
    lama tak jenguk kak anis

    ReplyDelete
  10. Perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya buat kita :)

    ReplyDelete
  11. sesuatu yang Allah dah tentukan adalah yang terbaik buat kita..

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook