Assalamualaikum..
Lame tak tengok cerita nie.. tahun lepas masa bulan puasa cerita ni ade..suka betul tengok dia mengemas..terus bersemangat taw nak berkemas macam watak umairah ni..hihi... kaki kemas mengemas.. sampai maknya tak boleh buat apa..masak pon tak boleh.. sukaa sangat cerita ni... sekarang pengganti cerita Asam Pedas Untuk Dia cerita Menantu 10 Ribu ni la.. Setiap Sabtu dan Ahad jam 7 malam..
Sinopsis Menantu 10 Ribu
Drama Menantu Sepuluh Ribu memaparkan kisah Ikhwan (Fizz Fairuz) bertanggungjawab dalam menguruskan perniagaan milik keluarganya. Ikhwan mempunyai pakej lengkap yang mana menjadi dambaan para wanita. Wajahnya kacak, kaya, bergaya, berjawatan tinggi di syarikat milik ayahnya.
Mona (Salwa Md Razak) melaksanakan berbagai strategi untuk membuatkan Ikhwan jatuh hati padanya. Mona berhasrat untuk menjadikan Ikhwan sebagai suaminya.
Ikhwan berhasrat untuk mengembangkan perniagaannya. Dia telah berbincang dengan ayahnya, Datuk Musa (Cat Farish), untuk membeli sebidang tanah di kawasan perkampungan untuk mendirikan kilang. Ikhwan segera bergerak ke kampung untuk membeli tanah di situ.
Haji Yaakob (Zack Taipan) merupakan bekas pemandu keluarga Ikhwan. Haji Yaakob memperkenalkan pemilik tanah iaitu Alang (Zulkifli Mohd Salleh) kepada Ikhwan. Keputusan membeli sebidang tanah telah dipersetujui kedua-dua pihak. Semasa Ikhwan hendak berjumpa Alang, dia terserempak dengan anak perempuan Alang. Buat pertama kalinya, Ikhwan jatuh hati pada gadis bernama Umairah (Reen Rahim).
Selepas mencapai kata persetujuan membeli tanah. Ikhwan kini fokus untuk membangunkan tapak tanah tersebut. Ikhwan membuat keputusan untuk berada di kampung bagi memberi tumpuan kepada pembangunan kilangnya. Bermula saat itu, Ikhwan berkawan baik terhadap Umairah. Umairah sering membantu Ikhwan dalam menyediakan juadah berbuka puasa. Hubungan Ikhwan dan Umairah sangat rapat. Tanpa sedar, timbul bibit cinta antara mereka.
Melihat Ikhwan jarang berada di Bandar. Timbul syak wasangka di hati Mona. Lantas Mona membuat keputusan untuk menyiasat mengapa Ikhwan suka menghabiskan masa di kampung. Setibanya di kampung, Mona menyaksikan Ikhwan sedang berbual mesra dengan seorang gadis. Perasaan marah di hati Mona membuak-buak. Baginya, Ikhwan hanya miliknya seorang. Mona cemburu tidak bertempat. Padahal selama ini, Ikhwan tidak pernah memberi respon terhadap perasaannya. Bermula hari itu, Mona merancang untuk memisahkan hubungan mereka.
Suatu hari, Ikhwan menyatakan hasratnya ingin memperisterikan Umairah. Menerima beritu itu membuatkan seluruh keluarga Ikhwan terkejut. Mana tak nya, selama ini mereka tidak pernah melihat Ikhwan bercinta dengan mana-mana gadis. Adakah hasrat Ikhwan akan tercapai? Akan bersatukah Ikhwan dengan Umairah? Bagaimana dengan Mona? Yang selama ini yakin Ihkwan akan menjadi suaminya selama ini. Adakah keluarga Ikhwan akan menerima kehadiran Umairah seadanya?
- See more at: http://umikasum.blogspot.com/2014/06/sinopsis-menantu-sepuluh-ribu.html#sthash.Rk4MVUXd.dpuf
13 Pengulasan
viyter ni dah berulang kann. heheh. sini tak dek tv nak tengok T.T
ReplyDeleteharitu tengok dengan mak cerita ni..hehe
ReplyDeleteTk pernh tgk pn citeni..best ehh?
ReplyDeletebest cite ni.. cube la tengok jap lagi.. pukul 7malam :)
DeleteTak kenal pelakon-pelakaon perempuan dalam cerita ni.
ReplyDeletelayan gak lah cerita apa pun keluar tv ni,, tak boleh fokus sangat sebaba masa iklan anak dah sibuk alih ke kartun plak,, hihihi,, lepas tu dah kelaut cerita tu bersambung dengan kartun plak,,
ReplyDeleteamboiiihh tajuk...! hehehehehe...
ReplyDeletepatut tambah lagi tajuk tu... "Menantu 10 Ribu Serba Berdiri"
kekekekekekee... :p
di tayangkan semula lah ni eh..leh try skodeng
ReplyDeletepergh tajuk takleh blah hehehhe
ReplyDeletekak wana tak sempat nak layan cerita ni..tak ngam timing..hehe
ReplyDeleteadus Anis citer sampai abes la hahaha.. takdok tivi nak tengok..
ReplyDeletebaru tahu ada cerita ni. hmmm
ReplyDelete2 kali ulang cite nie, 2 kali jugak kak mia tgk. hehe... layan je la citenya...
ReplyDelete