anizz sakura

Bila Orang Bukan Islam Hormat Orang Islam

Friday, April 17, 2015

Assalamualaikum..

salam jumaat barakah... cepat je dah sampai hari jumaat..penghulu segala hari.. hari ini anis nak share satu cerita yang anis kira patut kita share.. anis baca artikel ni dari 

http://www.sportmusang.com/2015/04/wanita-muda-lindungi-pasangan-islam.html

Indahnya Islam Pada Pandangan Orang Bukan Islam

Seorang wanita muda membuat keputusan untuk membuka mulut untuk melindungi sepasang suami isteri beragama Islam yang dihina di dalam sebuah komuter, rabu baru ini.


Menurut Dailymail, Stacey Eden, 23, berasa tertekan dan marah selepas seorang wanita pertengahan umur menuduh pasangan Islam berkenaan sebagai 'penyokong pengganas'.

Eden turut merakam kejadian berkenaan dan memuatnaik video ke laman sosial Facebook.

"Dia (perempuan Islam) memakai hijab kerana (untuk) bersederhana, bukan untuk orang seperti anda yang akan duduk dan tidak menghormatinya," luah Eden dalam video tersebut.

Sementara itu, wanita pertengahan umur berkenaan kedengaran berterusan menghamburkan penghinaan terhadap suami isteri berkenaan.

"Tutup mulut awak! (Kalau) anda tidak ada benda elok untuk cakap, jangan cakap apa-apa." kata Eden.

Eden kemudian membuat keputusan untuk menemani pasangan Islam berkenaan yang kemudiannya turun di sebuah perhentian.

"Saya terlepas stesen saya kerana saya mahu memastikan mereka (pasangan Islam) selamat," kata Eden yang sedang dalam perjalanan ke rumahnya di Maskot ketika itu.

Menurut jurucakap polis, polis menggalakkan saksi kejadian supaya tampil membuat laporan dan mereka akan menyiasat kejadian berkenaan.

indahnya islam, bila ajaran islam disenangi semua, islam agama syumul

renung2kan dan selamat beramal..

Happy Blogging !! ^__^

You Might Also Like

18 Pengulasan

  1. ada juga yang masih menghormati dan tidak kurang juga yang tidak menghormati...

    ReplyDelete
  2. nama je da hidup lama tp otak kat lutut... sapa? pompuan tua tu laa

    ReplyDelete
  3. nak nangis pulak bace.. huhu..

    ReplyDelete
  4. bagusnya..bertuah jumpa orang yang macam tu kan anizz.. :)

    ReplyDelete
  5. salah paham yg berlaku kat org islam..
    tapi pikir lojik akallah, xsemua org tu jahat walau agama apa pun..
    macam kes yahudi la.. kita xleh nak cemuh atau berkasar dgn yahudi yang trlibat..

    ReplyDelete
  6. Saya baca artikel ni dekat Buzzfeed semalam :)

    ReplyDelete
  7. tak semua omputih open minded macam perempuan muda ni..
    untuk kita pula.. doa lah sentiasa x brada dalam situasi macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. perkara begini selalu berlaku sebenarnya. mohon kita dijauhkan drpd insiden seperti ini.

      Delete
  8. bagusnya dia hantar pasangan tu tuk pastikan selamat

    ReplyDelete
  9. maksud yang mendalam disampaikan...

    ReplyDelete
  10. pakai tudung di tuduh pengganas?

    ReplyDelete
  11. orang bukan Islam bela orang Islam. kita ni ada je segelintir yang hina orang agama lain. mana x ramai nak bela kita

    ReplyDelete
  12. Sekarang orang luar dah boleh terima agama kita. Cuma ada segelintir je yang masih tak boleh terima.

    ReplyDelete
  13. wlau lain agama... kita patut hormat satu sama lain

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook