Assalamualaikum..
baru sudah tengok cerita ni.. sedih..dan kita dapat banyak info mengenai akibat penyalahgunaan dadah.. mesej yang disampaikan tu yang penting.. kesilapan ibu bapa yang akhirnya anak anak jadi mangsa taruhan.. cerita ni agak terkesan di hati anis.. lakonan hebat Tiz Zaqyah.. jom baca sinopsis cerita ni.. boleh tengok cerita ni di TONTON ye.. ^__^
SINOPSIS CERMIN KASIH
Mengisahkan Marina (Tiz Zaqyah) anak tunggal kepada Pak Hamdan dan Mak Jah yang berkahwin dengan Amran (Shaheizy Sam) atas pilihan keluarga. Marina merasakan Amran seorang suami yang romantik dan pandai mengambil hatinya. Rumah tangga mereka amat membahagiakan kerana Marina ditatang bagai minyak penuh dan diberikan kemewahan tanpa dia mengetahui pekerjaan sebenar Amran sehinggalah pada suatu hari dia terjumpa dadah kepunyaan Amran. Barulah Marina mengetahui bahawa Amran adalah seorang pengedar dadah.
Marina mahu meninggalkan Amran. Oleh kerana terlalu sayangkan isterinya, Amran menyuntik Marina dengan dadah sehingga mengheret Marina ke dalam kancah penagihan dadah. Marina terus setia bersama Amran bukan lagi kerana mencintai suaminya itu, tetapi kerana dia perlukan bekalan dadah. Apabila rumah mereka diserbu, Amran ditembak mati manakala Marina diberkas Polis. Marina terpaksa menanggung derita menjalani hukuman penjara dalam masa sama dia sedang hamil dan terpaksa melahir dan membesarkan anaknya di sebalik tirai cermin.
sumber : http://infotaip.blogspot.com/2015/10/cermin-kasih-cerekarama-tv3.html
3 Pengulasan
sedih cita ni:(
ReplyDeletetadi tengok sikit je. satu babak dekat tv kafe
ReplyDeletemalam tadi KG tunggu ni tapi tak tertunggu...tertidurrr..
ReplyDelete