Assalamualaikum..
Usah Biar Syirik Membarah Dalam Masyarakat
Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.
Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.
Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)
Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)
:: petikan diatas sudah jelas untuk kita tahu bahayanya syirik tetapi kenapa masih ade lagi yang mempercayai perbuatan syirik? Jangan sampai perbuatan kita jatuh pada syirik.. Antara dosa yang tidak diampunkan oleh Allah s.w.t.. Nauzubillahiminzalikk.. Minta kita semua dijauhkan dari semua ni.. Peringatan untuk diri sendiri juga..
0 Pengulasan