Beberapa Buah Sekolah Diarah Tutup Akibat Jerebu
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan hari ini memaklumkan semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tawau, Kuching dan Samarahan ditutup esok berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan.
Perkara itu diumumkan menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi laman Facebook rasminya.
Bagaimanapun, katanya peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Kolej Vokasional diteruskan di bawah ‘Ops Topeng’.
Kementerian itu juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jerebu-sekolah-di-3-negeri-putrajaya-kl-dan-3-kawasan-di-sabah-sarawak-ditutup-isnin-76925
2 Pengulasan
ehh masih teruk rupanya jerebu dkt mesia,,ingat dah makin berkurang,,
ReplyDeleteTeruk lagi jerebu dekat Malaysia ni rupanya.
ReplyDeletep.s: Suka wajah baru blog ni :D