anizz sakura

Resepi : Nasi Goreng Cili Padi Yang Mudah

Tuesday, October 06, 2015

Assalamualaikum..

tiba tiba rasa nak share resepi sarapan wajib anis..hihi.. bukanlah wajib cuma kerap buat.. bahan bahan semua amat lah simple.. semua ada dah dekat dapur.. sesiapa yang nak cuba resepi ni.. silakan ye.. anis halalkan.. sharing is caring :)

Resepi Nasi Goreng Cili Padi

resepi ringkas nasi goreng, pelbagai resepi nasi goreng, nasi goreng simple,
p/s: nampak macam berminyak pulak nasi goreng bila guna flash..adehh..


Bahan - Bahan :

Nasi 
Ikan Bilis (segenggam atau ikut suka masing masing)
1ulas Bawang besar
3ulas bawang putih
Cili padi (ikut citarasa masing masing)
1biji telur ayam
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-Caranya :

1) tumbuk atau kisar ikan bilis, bawang besar, bawang putih dan cili padi sampai lumat atau sederhana lumat..

2) panaskan minyak, dan tumis kesemua bahan yang telah ditumbuk tadi sampai garing, dan letak garam bersama.. serta telur ayam tadi.. hancurkan dan biarkan telur tadi masak.. 

3) lepastu, masukkan nasi putih..gaul sebati dalam kuali ye.. bila dah sebati, kalau masih ada rasa yang tak balance dengan garam, letak sedikit air.. jangan banyak kang jadi bubur pulak nasi goreng kita..hihi.. bila rasa semua dah sebati, tutup api dan boleh dihidang... sedap dimakan bersama air kopi atau teh.. ^__^


simple kan? jadi boleh la korang cuba.. sesuai bila bila korang rasa nak makan.. selamat mencuba ! :)

You Might Also Like

20 Pengulasan

  1. Wah.. Bestnya.. boleh cuba nie..

    ReplyDelete
  2. Fuhhh lagi sedap lagi terangkat!

    ReplyDelete
  3. akak pun selalu buat nasi goreng yang macam ni

    ReplyDelete
  4. Guna cili padi tu....memang tabik la kat orang yang makan nasi goreng ini.... saya dah tentu tak tahan sebab tak tahan pedas...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh yeke.. Boleh je xletak cili.. Masih sedap jugak.. :)

      Delete
  5. kalau kat opis kawan2 selalu panggil nasi goreng nenek2...
    sure sedap.... mcm nenek2 masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi goreng nenek ye.. Nenek msak memang sedappp..

      Delete
  6. nasi goreng homemade.. memang sodap =)

    ReplyDelete
  7. hehehe simple sangat kan. kita pun biasa masak macam ni. tapi xde cili padi banyak sebab adik x suka pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak long mesti kena buat utk adik2nya kan.. Hehe

      Delete
  8. i want to try this... http://www.blackhatforum.co

    ReplyDelete
  9. Kak kalo nk masak nasi ni kena letak minyak bijan skli x???

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook