anizz sakura

Hello Mr Perfect di TV3 | Sinopsis

Thursday, October 08, 2015

Assalamualaikum...

sebelum ni tengok Fattah Amin ni kaku je..berlakon pun..alahaiii... sekarang..sado pun ye jugak.. memang cara berlakon dah okay.. orang hensem, segak, ramai suka kan..heroin pulak ada macam iras nora danish pun ye..macam neelofa pun ada..hahah.. layan jugak cerita ni petang petang..nak tahu cerita tentang apa? meh baca sinopsis..

hello mr perfect episod, Drama hello mr perfect, tonton online hello mr perfect

Sinopsis Hello Mr Perfect

Mengisahkan mengenai Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah pasangan kekasih yang ingin berkahwin, namun terhalang dek kerana abangnya, Izzul masih belum berkahwin. Keluarga mereka mempunyai tradisi di mana yang muda tidak boleh langkah bendul walaupun konsep langkah bendul itu hanya jatuh jika yang di atasnya adalah perempuan. Lebih memeningkan lagi apabila keluarga Ainul hanya memberikan tempoh 6 bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan orang lain.

Arif terpaksa merayu kepada Izzul dan sanggup untuk mencarikan jodoh buat abangnya itu. Tetapi ianya tidak semudah yang disangka kerana ternyata abangnya itu adalah lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Hampir kesemua calon yang dicari Arif ditolak hanya kerana tidak memenuhi kriteria yang diingini. Disaat buntu untuk mencarikan jodoh buat abangnya, muncul Alya Adriana teman baik Ainul yang dalam kesusahan diburu along dek kerana hutang ayahnya. Dalam kekusutan, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima RM 500,000 sebagai ganjaran tetapi tidak diketahui oleh Arif.

Sikap Izzul yang sinis dan mahukan kesempurnaan membuatkan Alya tidak selesa untuk meneruskan perhubungan dengan Izzul. Tetapi apa yang memeranjatkan Arif dan Ainul, Izzul kelihatan tertarik dengan Alya. Arif dan Ainul mula merencanakan beberapa rancangan supaya hubungan Alya dan Izzul makin mesra. Bagaimanapun harapan Arif untuk melihat Izzul berkahwin dengan Alya mula goyah apabila dia mengetahui yang Alya berbaik-baik dengan Izzul adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran yang dijanjikannya kerana ingin membayar hutang along.

Setelah mengetahui hal sebenar, Arif melarang Alya berjumpa dengan Izzul walaupun dalam tidak sedar telah terbit rasa cinta buat lelaki ego bernama Muhammad Izzul Islam itu. Dapatkah Alya, meruntuhkan tembok ego Izzul yang merawat luka hatinya setelah dikecewakan bekas kekasihnya Ain? Dapatkah dia bertahan dengan karenah Izzul?

Para Pelakon Hello Mr Perfect

Fattah Amin sebagai Muhammad Izzul Islam
Nur Ruhainies Farehah sebagai Alya Adriana & Nurul Ain
Rafiq Razali sebagai Muhammad Arif Fikri
Ezzaty Abdullah sebagai Ainul Mardhiah
Azlan Mokhtar sebagai Rahim
Mimi Ernida sebagai Lina
Nafiez Zaidi sebagai Azizi
Keena Mentor sebagai Hana
Afzan A.Rahman sebagai Fauzi
Kay Maria sebagai Mak Temah
Eizlan Yusof sebagai Dato Seri Amiruddin
Fiza Halim sebagai Datin Seri Rosni
Chomel Fana sebagai Amani
Ammar Alfian sebagai Aizat

Lagu Tema ost Hello Mr Perfect


Lagu : Sorry Sorry Sayangku
Penyanyi : Nomad


sumber : http://infotaip.blogspot.com/2015/07/drama-hello-mr-perfect-tv3.html

You Might Also Like

3 Pengulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook