anizz sakura

Cerita Sedih Imam Muda Asyraf

Saturday, March 28, 2015

Assalamualaikum..

kali ni nak share kisah yang bagi anis..amat berguna dan patut dijadikan teladan.. anis sendiri, bila baca kisah ni..rasa sedih ade... rase bersyukur ade... sebab kadang2 kita rase susah sangat hidup kita..padahal ada yang lagi susah dari kita.. tu pentingnya konsep bersyukur dalam kehidupan..supaya kita tak riak hidup senang...tak terlalu mengeluh ketika susah.. hidup sederhana itu la yang terbaik..jomm sape2 yang belum baca kisah imam muda Asyraf ni jom baca.. anis copy paste dari page imam muda Asyraf.. :) 

sumber gambar : FB imam muda Asysraf

Kisah Imam Muda Asyraf

Teringat sewaktu sy mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kpd mertua yg sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mrk tahu sy tak mempunyai sumber kewangan yg utuh. Sy buat partime sbg imam rawatib di masjid sebab nak sara anak orang sbg isteri. Dgn gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yg mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama utk pulang ke kampung.
Apa yg sy kagum dan sy akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri : "Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dgn bawa pulang kpd keluarga rezeki yg barakah"...
Beliau langsung tak pernah minta wang utk beli pakaian melainkan apa yg sy belikan. Beg tangan dan Kasut seadanya. Kadang terusik di dalam hati seorang suami utk membeli sesuatu utk menggembirakan isteri. Tp si suami tak mampu.
Rumah flat yg tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yg terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yg paling bahagia. Detik itulah yg paling sakinah. Payah namun indah. Rumah sempit namun hati lapang.
Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yg kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar utk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan.
Sy kongsi kisah ini bukan utk khabarkan sejarah diri semata. Krn sy tahu rasa sy ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Sy tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yg turut melalui. Bersyukurlah apa yg ada. Sebelum menangis bila dah tiada.
Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dgn kita walau kita tiada nama. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta.
Semoga Allah mengAbadikan bahagia ini hingga ke syurga.

You Might Also Like

11 Pengulasan

  1. Betul. Kita perlu belajar syukuri setiap apa yang kita ada :)

    ReplyDelete
  2. sedihnya.. tp org kata biar susah dahulu... senang kemudian.. apa lagi bila senang bersama org yang selama ni bersusah payah dengan kita.. itulah bahagia....

    ReplyDelete
  3. moral of the story bekerja dahulu dah ada duit baru kahwin..tapi jika jodoh cepat dan jumpa pasangan yang sesuai jgn tangguh...teruskan niat baik itu dan sentiasa bersyukur dalam susah or senang..itu semua ujian...rezeki Allah itu luas janji perlu rajin berusaha

    ReplyDelete
  4. ada jugak baca ni kat fb dia smlm.... huh... sedih...

    ReplyDelete
  5. akk bace jugak ni :D deep maksud yang disampaikan kan :D

    ReplyDelete
  6. bersyukur dengna apa yang ada merupakan kebahagiaan sebenar

    ReplyDelete
  7. kena cari pasangan yang terima diri seadanya.. wife dia yakin dengan jodohnya..
    tengok Allah pelihara n kasi lebih banyak nikmat sekarang.

    ReplyDelete
  8. Parents saya pun susah sama-sama masa diaorang baru kahwin. Kesusahan diaorang dulu-dulu tu memang menajdai motivasi diaorang untuk bekerja lebih kuat dan sentiasa bersyukur.

    ReplyDelete
  9. indahnya hubungan yg halal. :')

    ReplyDelete
  10. Sweet sngt. Itulah yang dinamakan pengorbanan...

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook