anizz sakura

#Cabaran20Hari | Apa Erti Puasa Pada Saya

Saturday, June 27, 2015

Assalamualaikum..

masuk cabaran pertama hari ini.. wahh eksaited nak buat.. nak share pengalaman dan jugak cerita anis.. bagi sesiapa nak join, boleh la mulakan cabaran ni oke.. blogger tegar kan..hihi.. nanti jangan lupa #Cabaran20Hari di media sosial ye.. boleh kita blogwalking sama-sama nanti.. 

pengertian puasa, pengalaman sahur


Pengertian/Maksud Puasa


sedia maklum kita tahu puasa itu menahan diri dari perkara khusus ( syahwat kemaluan iaitu bersetubuh dan perut iaitu makan dan minum, dan semua yang membatalkan puasa ) yang dilakukan oleh seorang yang dikhususkan ( muslim atau muslimah yang bersih dari haid dan nifas ) pada masa yang khusus ( bermula keluarnya fajar hingga terbenamnya matahari ) dengan sifat yang khusus ( dengan niat ibadat untuk mendapat perkenan Allah swt ).

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ


oke dah tahu kan pengertian puasa.. bagi anis pulak.. kita berpuasa adalah untuk menjaga hati, menjaga percakapan, menjaga pandangan.. 3 benda penting yang selalu buat tapi susah nak laksanakan.. banyak erti puasa ni tapi kita tumpukan 3 dahulu ye.. orang kata basic..hihi..


kucing cute senaman, cute cat, cat lover

Menjaga Hati

jaga hati dari iri hati, hasad dengki dan busuk hati.. itu kena jaga.. bila dah terniat sesuatu tak elok, maknanya ada yang tak kena dalam diri kita.. jaga-jaga penyakit hati adalah penyakit yang susah nak diubati jika hati telah hitam.. menjaga hati kita dan selalulah bersangka baik.. bila berpuasa, kita cuba sedaya upaya untuk kawal hati kita kan.. betul tak? sebab kita dah set fikiran kita bila berpuasa kita menjaga semuanya..

Menjaga Percakapan

ini sangat penting.. silap cakap, orang lain akan terguris hati.. jaga percakapan kita..cakap yang baik-baik inshaAllah dapat yang baik-baik.. 

Menjaga Pandangan

bila berpuasa, kita ajar mata kita lihat benda yang baik contoh, baca Al Quran.. kan benda baik.. lama kelamaan kita akan terbiasa melihat benda yang baik-baik..inshaAllah..

selain itu sifat sabar juga perlu dalam berpuasa.. dan kita ajar juga diri kita untuk sabar dalam semua perkara.. satu lagi yang anis selalu teringat setiap kali nak makan, "kita dapat makan sedap-sedap macam ni, orang lain yang susah macam mana la ye". ini bukan nk menunjuk tapi betul-betul anis fikir.. bila nak berbuka je..sayu je hati ni.. fikirkan keadaan orang lain.. bersyukur lah atas nikmat yang diberikan.. wallahualam...

Selamat Berpuasa!

#Cabaran20Hari, #Day01
#exchangefeedgroup
#kelabbloggerbenashaari

You Might Also Like

6 Pengulasan

  1. wahhhh berjaya cabaran pertama! dengan jayanya...semoga berjaya hingga penghujungnya..blogger tegar #exchangfeedgroup #kelabbloggerbenashaari #cabaran20hari

    ReplyDelete
  2. Yeah! Yang penting hargailah bulan puasa ni sebaik mungkin! Semoga Allah permudahkan segalanya ketika berbulan puasa

    ReplyDelete
  3. Selamat menjalani ibadah puasa kek niss

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook