anizz sakura

HidayahMu Ramadan

Wednesday, June 17, 2015

Assalamualaikum..

wahh wahhh malam ni start kita berterawih..inshaAllah.. seronok sangat dapat berpuasa kan.. jangan lupa sebelum tido malam nanti niat puasa taw.. bila tiba bulan puasa ni, macam-macam rancangan ada kan.. pandai-pandai la kita bahagikan masa ye..jangan lupa untuk beribadah.. jangan asyik tido dan tengok tv je oke.. peringatan untuk diri sendiri juge..hihi

kali ni, nak share satu cerita best ni.. anis memang suka cerita dia.. mula-mula tengok je dah rasa sedih.. lakonan Zara Zya memang mantap la.. nampak real je.. boleh la tengok setiap selasa hingga khamis jam 10 malam di tv 3..


hidayahmu ramadan episod, sinopsis hidayahmu ramadan, para pelakon hidayahmu ramadan, drama di bulan puasa 2015,


SINOPSIS HIDAYAHMU RAMADAN


Hidayah dan Nazir adalah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Ibu bapa mereka jarang berhubung kerana orang tua Nazir memandang rendah terhadap keluarga Hidayah yang miskin. Selepas 11 tahun, Nazir kini graduan universiti yang sedang mengikuti semester terakhir manakala Hidayah pula seorang pelajar Tingkatan Enam. Hidayah bercita-cita untuk menyambung pelajarannya di menara gading seperti Nazir. Namun segalanya berubah kerana ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Ibu bapa Nazir enggan menjaga Hidayah. Jadi, Nazir mula memberi perhatian keatas Hidayah dan mereka sering berkongsi masalah. Ibu Nazir mahu memisahkan mereka berdua kerana tidak rela memberi Hidayah sebagai menantunya jika Nazir mula menyanyangi Hidayah seperti teman istimewanya.

Para Pelakon HidayahMu Ramadan


Zara Zya sebagai Hidayah
-Wina Azian sebagai Hidayah 12tahun
Aeril Zafril sebagai Amar
Nazrief Nazri sebagai Nazir
- Danish Adam sebagai Nazir 12tahun
Reen Rahim sebagai Amira
Rahhim Omar sebagai Dato Mustafa
Zarina Zainuddin sebagai Datin Rogayah
Roy Azman sebagai Jalil
Sharifah Shahora sebagai Semah
Hairi Safwan sebagai Ismail
Zahira Macwilsona sebagai Dr Katrina
Falisha Crssley sebagai Mimi
-Nur Qistina Raisah sebagai Mimi 8tahun



sumber : http://infotaip.blogspot.com/2015/04/drama-hidayahmu-ramadan-tv3.html

You Might Also Like

5 Pengulasan

  1. Selamat menyambut ramadan anizz

    ReplyDelete
  2. Nice sharing.. Selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  3. Akak balik kelas terkejar-kejar nak nengok citer ni :)

    ReplyDelete
  4. ya, betul tu.. kena pandai2 bagikan masa untuk ibadah juga.. hehehehe... :)

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook