anizz sakura

Chef Ramadan

Monday, June 15, 2015

Assalamualaikum..

kalau tahun lalu ada cerita Azam Ramadan Su sebagai pembuka tirai Ramadan, tahun ni pula kita ada cerita Chef Ramadan.. best pulak tengok.. menyediakan pelbagai jenis resepi.. bagi yang buntu nak masak apa sepanjang bulan ramadan, boleh la tonton cerita ni.. kalau bab-bab ni anis suka je..hahah.. rancangan santai-santai dan diselitkan juga nasihat dan teladan.. jom kita baca sinopsisnye..


para pelakon chef ramadan, sinopsis chef ramahan, resepi sepanjang bulan ramadan



Sinopsis Chef Ramadan

Kisah bermula apabila Chef Azrin (Talha Harith) yang sudah meningkat usia 33 tahun masih lagi tidak mhair dalam asas mengaji. Dia nekad untuk belajar mengaji tatapi malu kerana usianya yang sudah meningkat.

Chef Azrin bekerja di sebuah hotel. Dia baru pindah di kawasan perumahan. Di kawasan perumahan itu terdapat tiga sahabat baik yang nakal tapi baik hati iaitu Amin (Firdaus Ghufran), Han (Fikry) dan Izy (Muntazar Ghufran).

Menjelang waktu petang, mereka akan belajar mengaji di rumah Ustazah Murni yang cantik. Chef Azrin sebenarnya mahu belajar mengaji tetapi segan kerana usianya sudah lewat. Jadi, Chef Azrin meminta tolong Amin, Han dan Izy mengajarnya. Sebagai balasan, Chef Azrin akan memasak untuk mereka. Selain berhibur dengan gelagat Chef Azrin dan 3 budak cilik, dapatkan juga menu masakan menarik untuk penyediaan juadah berbuka puasa.

Chef Azrin berkawan dengan seorang gadis bernama Munirah. Setiap kawan lelaki Munirah harus diketahui oleh ayahnya. Chef Azrin ke rumah Munirah untuk berbuka bersama keluarga Munirah.

Chef Azrin sebenarnya teringin untuk belajar bersama Ustazah Munirah tetapi ditolak kerana dia hanya mengajar budak-budak sahaja. Jika Chef Azrin benar-benar ingin belajar mengaji, ayah Munirah akan mengajarnya. Akan tetapi, Chef Azrin malu kerana dia tidak tahu tentang asas mengaji.

Keadaan menjadi semakin kelam kabut buat Chef Azrin apabila ayah Munirah mengajaknya berbuka puasa bersama. Sebelum berbuka puasa, ayah Munirah mengajarnya membaca Al-Quran. Tergagap-gagap dia membacanya. Di situlah baru Chef Azrin mengaku yang dia mahu belajar mengaji.



JUDUL : CHEF RAMADAN

EPISOD : 24 episod
TARIKH / MASA : Mulai 8 Jun 2015 (Isnin–Khamis, 12.30pm)
SIARAN : TV3
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Primework Studio Sdn Bhd
PELAKON : Talha Harith, Risteena, Wan Sharmila, Firdaus Gufran, Muntazar Gufran, Fikry, Shamsul Ghau Ghau, Emma Akma, Kuna, Hilal Azman, Zizan Nin, Razak Ahmad

sumber : infotaip.blogspot.com/2015/05/drama-chef-ramadan-tv3.html

You Might Also Like

14 Pengulasan

  1. macam dh penah main je citer ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..hihi.. salah la tu.. anis baru tahu tahun ni ade.. :)

      Delete
  2. best jugak cerita ni.. hari tu tengok masa dia masak teluk sumbat udang apa semua entah tu.. lawak pun lawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan? anis baru tengok hari ni..hihi..

      Delete
  3. tak berkesempatan tengok lagi...bulan puasa baru free sket kot tetengahari tu :)

    ReplyDelete
  4. ala....12.30pm.....cane nk jd chef?

    ReplyDelete
    Replies
    1. petang tu bole la jadi chef.. salin resepi siap2.. senang2 je resepi dye.. :D

      Delete
  5. Tapi.......... Cerita tayang time orang bekerja.... Sob sob..

    ReplyDelete
  6. spe yg jadi chef azrin tu?zizan nin ke?

    ReplyDelete
  7. tak berkesempatan lagi tengok drama nih..

    ReplyDelete
  8. Best citer ni hehe ...ni citer baru ..sempena ramadhan 2015..

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook